Archive for the ‘Kertas Kosong’ Category

Buat Duit

Tuesday, April 3rd, 2007 |

caranya mudah dan ringkas tetapi anda mestilah sabar kerana ianya mengambil masa yang agak lama. Ini bukan skim cepat kaya atau Multi Level Marketing atau apa saja program jana duit seperti yang anda bayangkan. Ini sistem orang tua dulu-dulu. Ramai yang mengatakan ianya dongeng. Walaupun masih ada segelintir warga Malaya dulu2 tetap percaya dengan kaedah ini. Harapan masih ada. Ada bukti yang sah bahawa kaedah ini berhasil. Percayalah. Cuma anda mestilah YAKIN dan IKHLAS. Hasilnya anda tidak boleh guna untuk benda-benda haram dan maksiat.

 

Ok, tanpa berlengah lagi kita teruskan dengan lankah-langkah berikut:

1. Sediakan RM100. (RM50 x 2 @ RM10 x 10)

2. Bungkus dengan kain kuning. Warna lain juga dibenarkan cuma kurang ngam la…. Biasanya kain kaler kuning la…

3. Pergi belakang rumah. Carik Cangkul, atau alat yang memudahkan anda menggali tanah. (JCB tak sesuai, jadi takyah pikir sampai kesitu ye!)

4. Setelah itu carik satu kawasan yang sesuai untuk anda gali. Pastikan kawasan itu tidak begitu sempit dan tidak pula terlalu lapang. Agak-agak la… Tepi pagar rasanya cun sangat!

5. Gali la! Tunggu apa lagi. Kena cepat2. Nanti lambat dapat hasil. Gali dalam satu kaki dah cukup. Luas lak sekitar satu hingga dua jengka tangan anda. Tangan orang lain tak boleh ye… Bukan apa, adala pantang-larang dia…

6. lepas siap gali, tanam duit tersebut. Sebelum tu, pastikan duit tersebut diletak dalam bekas seperti tupperware atau apa saja yang sesuai. Lagi besar sebenarnya lagi baik. Orang kata, lagi besar bekas lagi banyak hasilnya…

7. Selepas siap ditanam, pastikan anda ingat tempat tersebut. Jangan pulak kata saya tak pesan! kalau anda seorang yang pelupa, tulisla atau lukisla peta dan simpan la kat mana-mana yang anda rasa selamat dan tidak diketahui orang. Simpan kat dalam email pun boleh gak…

8. Setelah semuanya selesai, apa yang perlu anda lakukan ialah tunggu dan lihat. Masa? Tunggulah sehingga anda sendiri berasa betul-betul dah lama. Ada yang kata setahun. Ada yang kata tak sampai sebulan pun. Ada gak yang kata 10 tahun, 100 tahun. 1000 tahun takkan mungkin. Katanya Blackrose suatu ketika dulu… Bergantung pada keupayaan masing-masing. Tengok pada tahap mana kesabaran masing-masing. Ada yang sanggup tunggu lama, ada yang tak sanggup. Tak sampai sejam tanam dah nak gi gali balik. Macam-macam…Kalau ikut petuanya makin lama makin bagus…

9. Itulah serba sedikit tips membuat duit sendiri tanpa perlu bekerja keras atau risiko ditipu oleh Skim Cepat Kayak dan sebagainya….

10. Sama ada anda mushkil atau tak, itu bukan masalah saya. Saya tak pernah buat pun… Sebab saya sendiri tak yakin. Sebab apa tak yakin? Sebab saya baru je tulis blog ni…. untuk hilangkan boring…. Tak tahulah kalau kebetulan memang ada kaedah ni. hahaha…

11. Ingatkan saya untuk delete langkah no.11 ni k. Terlebih tulis lak… hahaha…

Popularity: 5% [?]

[Slashdot] [Digg] [Reddit] [del.icio.us] [Facebook] [Technorati] [Google] [StumbleUpon]
 

This site is design to perform exactly for Firefox only. Its the best browser in the planet. So, why dont you just ?

firefoxreferrals3

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:

Enter your email address: